Thursday, September 24, 2009

maklumat kepada semua penyelaras makmal komputer

Salam.Selamat hari raya .Bulan syawal telah 5 hari berlalu. Masih banyak tugas yang perlu dibuat sehingga hujung tahun ini jika diizinkan tuhan. Kepada penyelaras yang masih belum mengemaskinikan SSQS silalah berbuat demikian kerana pemantauan akan dilaksanakan lagi hujung tahun ni.Taklimat ringkas akan dilaksanakan kepada semua penyelaras makmal untuk memastikan 100% sekolah dinilai melalui SSQS.

Selamat berusaha untuk mencapai taraf 5 *****.Mesyuarat akan dilaksanakan pada 13 oktober di PKG Subang Jaya jika tiada aral untuk Petaling Perdana dan PKG Puchong untuk Petaling Utama

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Bercuti

Salam pada semua. Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba.Doaku untuk semua.Semoga selamat sampai ke destinasi percutian masing-masing.Selamat menyambut aidilfitri ;maaf zahir dan batin sesama kita.Semoga ukhuwah akan terus berpanjangan.

Tuesday, September 15, 2009

Pemantauan sekolah bestari

Mulai 19 hb Oktober , semua kutv akan melaksanakan pemantauan ke sekolah bestari bersama guru GPB dan PKG untuk menambahbaik pelaksanaan dan program bestari di sekolah yang terlibat. Semua penambahbaikkan akan dikenalpasti melalui instrumen yang telah dikemaskinikan oleh semua GPB Selangor dan akan digunapakai dalam pemantauan tersebut.